Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Monday 6 August 2012

Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Sumber resepi dr Fb June Ahmad
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat - letak 1/2 cawan susu pekat
pun boleh klu nak kurangkan manisnya.
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam loyang pun boleh, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...