Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Monday 2 July 2012

Untuk Menyembuh Kanser



Petua Islam
Untuk Menyembuh Kanser

1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran.

Adapun ayat-ayat Al-Quran yang dibaca adalah seperti berikut:

1. Mulakan dengan surah Al-Fatihah.
2. Lima ayat permulaan, surah Al-Baqarah (1-5).
3. Ayat 163-165, surah Al-Baqarah.
4. Ayat 255, surah Al-Baqarah (Ayat Al-Kursi).
5. Ayat 256, surah Al-Baqarah.
6. Ayat 257, surah Al-Baqarah.
7. Akhir surah Al-Baqarah (Ayat 284-286).
8. Lima ayat permulaan, surah Ali Imran (1-5).
9. Ayat 18, surah Ali Imran.
10. Ayat 26-27, surah Ali Imran.
11. Ayat 54-56, surah Al-A'raf.
12. Ayat 117-119, surah Al-A'raf.
13. Ayat 80-82, surah Yunus.
14. Ayat 65-69, surah Thaha
15. Ayat 115-118, surah Al-Mukminun
16. Ayat 21-24, surah Al-Hasyr
17. Lima belas ayat permulaan, surah Ash-Saffat (1-15).
18. Ayat 31-34, surah Ar-Rahman
19. Ayat 3-4, surah Al-Mulk.
20. Ayat 51-52, surah Al-Qalam.
21. Ayat 3, surah Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq, An-Naas.

Cara Mengamalkan Ayat-ayat Suci:

1. Semua ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 7 kali ke atas air yang cukup bagi kegunaan mandi dan minum untuk tempoh seminggu, iaitu bagi mandi sekali sehari dan minum 3 gelas setiap hari.

2. Ayat yang sama juga ditiupkan pula (secara serentak) ke atas minyak zaitun yang kadarnya boleh disapukan ke atas anggota yang sakit bagi tempoh 21 hari (3 minggu).

3. Kemudian dibacakan doa-doa berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak iaitu:

Ertinya: "Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia, dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan Engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (HR At-Tirmizi)

4. Dibacakan 7 kali :

Ertinya: "Saya memohon pada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Yang Memiliki 'Arasy (Singgahsana) yang besar, agar Dia menyembuhkan engkau (pesakit)." (HR Abu Daud dan At-Tirmizi (Hasan)).

Kemudian baca 7 kali :

Ertinya: "Saya berlindung pada kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Al-Quran) daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya dan kejahatan para hamba-Nya, juga dari segala gangguan syaitan-syaitan dan dari kedatangan mereka." (HR Ahmad, Abu-Daud, An-Nasa'i dan At-Tirmizi)

Ertinya: "Dengan (menyebut) nama Allah Tuhan Penyembuh. Wahai Allah, sembuhkanlah hamba Engkau dan telah benarlah Rasul Engkau."

5. Sesudah itu hendaklah menyempurnakan mandi dan minum segelas air tersebut sewaktu pagi, tengah hari dan malam, setiap hari serta menyapu anggota sakit dengan minyak zaitun yang telah dibacakan itu.

6. Apabila timbul bengkak yang berbentuk darah, maka hendaklah digunakan sepenuh minyak pada tulang punggung, kaki kanan dan kaki kiri.

7. Apabila bengkak itu terdapat di tempat lain seperti payudara, rahim, usus atau paru-paru, hendaklah disapukan minyak ke bahagian yang sakit dari sebelah luar.

8. Hendaklah ditambah lagi mandi 21 hari dan menyapu dengan minyak zaitun dan bacakan lagi ayat-ayat tersebut sekali seminggu. Dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...