Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Monday 24 June 2013

Choco Mousse Brownise untuk Hari Guru 2013


memang sedap... mcm aiskrim laaa...

Choco Mousse Brownise
sumber dar fb Suhaida Mohaini... tima kasih ye...
sumber : http://tiffinbiru.blogspot.com/

Bahan Untuk Brownise
-45 g mentega
-1 biji telur gred A
-65 g gula kastor
-1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
-50 g tepung*
-1/2 camca teh baking powder*
-1 camca besar serbuk koko*(*digaul rata dan diayak)
# saya buat 2 adunan yg ni...


Bahan Untuk Mousse
-140 g coklat masakan
-1 camca besar halal gelatin
-100 ml air
-2 putih telur
-2oog whipping cream
-40 g gula kastor

Cara membuatnya

-UNTUK BROWNISE :- Panaskan oven pada suhu 190C. Lenser springform pan berukuran 18 cm (mat guna acuan 8 inci) dengan mentega. Ketepikan. Pukul mentega, gula dan vanila (jika guna) hingga putih. Masukkan telur dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sediki hingga habis, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga 12 - 15 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek sepenuhnya

-UNTUK MOUSSE :- Masukkan gelatin ke dalam 100 ml air, kacau rata dan biar 5 minit. Cairkan coklat masakan secara "double-boiler". Kacau hingga cair. Angkat dari periuk dan masukkan gelatin tadi, kacau rata (guna garfu untuk lebih senang). Biarkan sejuk. Sementara itu pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga kental. Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga berkrim (jgn terlebih pukul, nanti jadi cair!). Satukan coklat tadi bersama whipping cream dan putih telur, gaul rata.

-PENYEDIAAN CHOCO MOUSSE BROWNISE :- Tuang adunan 2 tadi ke dalam tin kek yang berisi kek. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam atau hingga mousse keras. Keluarkan dari acuan dan ayak serbuk koko (jika suka) sebelum dihidangkan



Kek Semut Hitam untuk jamuan Hari Guru 2013

KEK SEMUT HITAM / (Cupcake)
resepi asal by:::Dari Dapur Yanee
Dikongsi Bersama:::Kak Annor MrsHamizie
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

bahan2::
-1 buku butter @ 250gm marjerin
-240g tpg gandum (2 1/8 cawan)
-1 cwn gula pasir (fida guna ¾ cawan)
- 1sdt baking powder
- 10g ssu tepung
- 3biji telur
- 1sdt esen vanila
- 1/2cwn ssu cair
- 2sdb choc rice (gaul ngan tepung)... fida buat 3 sb

cara cara::
- ayak tepung ngan ssu tepung & baking powder
- pukul kembang butter & gula
- masukkan telur sebiji2..pukul kembang
- masukkan esen vanila
- masukkan ssu cair selang seli ngan tepung smpai abis
- mix sebati
- masukkan choc rice dn gaul bersame tepung...kacau ngan senduk sebati....
- tuang dlm loyang yg dah digris @ alas ngan baking paper
- tabur choc rice kat atas adunan



Muffin Pisang

sedap sesangat... buat untuk minum petang....

Muffin Pisang....
Sumber resepi dari fb Mastura Yasak...

bahan A:
2 cwn tpg gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan B:
1 cwn pisang emas/ berangan (dilecek)
2 bj telor (pukul sket ngan garfu)
1 cwn gula perang
1 cwn minyak masak
sedikit garam

**coklat chip & hirisan badam utk hiasan

cara:
..ayak bahan A masuk dlm mangkuk...
..masuk bahan B, kacau rata...
..masuk dlm papercup atau loyang...
..tabur coklat chip & badam...
..bakar 30 minit atau hingga masak...suhu 160 - 170C.




Sunday 23 June 2013

Marble Vanilla Muffins




MARBLE VANILLA MUFFINS

Sumber resepi dari blog CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
3/4 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla, kacau rata dan bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu biar pada warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco, kacau rata2.
  4. Sudukan adunan kosong ke dalam muffin cup tadi, diikuti adunan coklat, isi 3/4 penuh dan gunakan lidi sate atau chop stick, lorekkan sehingga mendapat kesan marble.
  5. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... Selamat mencuba untuk semua....
 




Kek Coklat Versi Indulgent










Kek coklat lagi versi indulgent...coklat indulgent... 
Sumber dari Dapurkakzu
  
DIADAPTASI DARI ; 
KAK WAN
  
RESEPI : GOBOK BURUK

  Chocolate Chiffon

Bahan A
45gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
6 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
150gm gula kastor
195gm tepung naik sendiri
3/4 tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
90ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
11/2 tsp esen vanila

Bahan B
6 biji putih telur
90gm gula kastor
3/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

 Filling : Mousse Coklat Hitam :
300gm chocolate masakan hitam
3 kuning telur (di pukul dahulu)
3 putih telur (di putar hingga kembang)
90gm gula kastor
3/4 tbsp mentega
370ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp + 1/4 tsp gelatin
70ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

 Topping Coklat Ganache
250 ml Anchor whipping cream (tawar)
300gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). 
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, 
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.









Pelbagai Perisa Cupcake





ORANGE CUPCAKE/CAKE
Sumber resepi dari fb Mem Besar

3 biji telur diasingkan putih & kuning
110 gm (3/4 cup) gula castor
125 gm (1 1/4 cups) tepong gandum (ayak bersama 1 teaspoon baking powder
1 tablespoon susu pekat
7 tablespoon (1/2 cup) minyak jagung (minyak masak pun oklah)
1 tablespoon orange essence
1 teaspoon orange colouring

Panaskan oven.
Pukul putih telur hingga gebu kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
Pukul hingga betul2 kaku baru masukkan kuning telur kesemuanya. Pukul.
Masukkan tepong , gaul. Masukkan susu, minyak jagung, essen & pewarna oren. Gaul hingga sebati.

Masukkan kedlm loyang ataupun papercup .
Bakar dgn suhu 170 deg. C selama 1/2 jam ataupun masak.

# boleh pelbagaikan perisa ye.. saya buat perisa oren, strawberi, coklat, pandan dan vanilla
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...