Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Monday 27 August 2012

Petua Untuk Melawaskan Kencing


Petua Untuk Melawaskan Kencing

Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkung bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu. Sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Saturday 11 August 2012

Biskut Famos Amos



Biskut Famos Amos
sumber resepi dari Relaxkejap Ok

Bahan2nya:-
75 gm butter
75 gm gula halus
50 gm walnuts
1 biji telur
175 gm self raising flour
75 gm brown sugar (Taiko)
50 gm chocolate chips (Hershley's)
garam

butter, gula, brown sugar, telur, garam dikacau hingga rata lalu masukkan tepung, walnuts cincang & chocolates. Gaul rata.

Adunan ini lembut, gunakan sudu garfu & kaup sedikit anggaran sudu kecil & letakkan ke loyang pembakar. Bakar hingga masak. Temperature 170 degrees. Make sure bawah cookies betul2 garing baru keluarkan dari oven.





Coklat Batang

COKLAT Batang
sumber resepi dari Relaxkejap Ok

Bahan-bahan
A

200 g tepung gandum
40 g gula kuster
1 / 2 sudu kecil garam halus

B
60 g mentega

C
2 telur putih

Untuk hiasan:
100 g coklat masak (cair oleh mendidih double)
beberapa nibs badam (panggang)

Kaedah
1. Menggabungkan bahan-bahan A dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan C perlahan2. gaul membentuk doh.
2. letakkan bhg 1 atas kepingan plastik. Roll ke dalam bentuk segi empat tepat. Dipotong menjadi jalur-jalur panjang (berat badan kira-kira 7g setiap). Susun di atas dulang pembakar
3. Bakar ketuhar prapanas 170 °. C. selama 10-20 minit sehingga masak. Angkat dan sejuk dengan baik.
4. hujung cookies celup dalam coklat cair, golek dengan badam nibs., simpan dalam balang ketat udara.




Biskut Chipsmore

Biskut Chipsmore
sumber resepi dr fb Mastura Yasak

Bahan A
1 cwn majerin/250gm butter

1 cwn gula kastor atau 3/4 cwn
1 cwn tpg jagung
3-4 cwn tpg gandum
1 sd teh esen vanila
1 sd teh garam halus
1 bj kuning telur
2 sd besar serbuk koko-nk tmbah lebih pun boleh

Chips choc secukupnya
Badam hancur..kekacang
*Oats/nestum/
kacang..cashew nut..dll

Gaul semua bahan A...gaul ujung jari je smpai sebati...tk yah uli2...tk yah guna mixer..senang kan....
Last baru masukan chips choc..*badam n *oats ...
Bentukan lah mcm mana,ikut suka..sy buat saiz duit 50sen lebih kurang..(sbb suka yg comei2...)
Tabur sikit lg chips choc utk nmpak cantik di permukaan biskut sebelum di bakar.
Bakar 10-15min...suhu 130-140 darjah...
Siap.....


Biskut Samperit


Kisahnya...orang lain buat biskut samperit bentuk bunga2....tp kita lak buat main terap2 je... apa2 pun tetap sedap tau....hehhehe

Biskut Samperit
(resepi kak Zaitong Syed Ahmad)

bhn A
3 cwn tpg gandum

1 1/2 cwn tpg kastad
1 cwn tpg jagung
1/2 sudu teh baking powder
*campur semua dan ayak

bhn B
1 1/2 cwn gula halus(saya guna 1 cwn jer)
1 1/2 cwn butter/planta
2 bj kuning telor

caranya
*mixer semua bhn B(sy guna senduk jer)
*kemudian campurkan bhn A dlm bhn B..
*mixer atau gaul hingga mesra...
*terap dgn acuan samperit..hias dgn ceri...bakar selama 20minit....atau hingga masak..ikut oven masing2...
 


Monday 6 August 2012

Puding Karamel


PUDING KARAMEL 
Sumber resepi dr fb  Nila Haji Salihuddin

Telur kalau besar 7 biji kalau kecil 8 biji (saya guna telur grade B.. 8 biji)
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
esen vanilla

bahan2 diatas blender sampai sebati (jangan lama sangat)
masak gula 3 sdb hingga jadi gula hangus
tuang gula hangus dalam loyang n ratakan
tuang bahan blender tadi
kukus 30 minit @ sampai masak

api jangan kuat sangat.. sederhana saja...





Biskut Lapis Cheese



BISKUT LAPIS CHEESE
Sumber resepi dr fb Ct Zarith

BHN2
250gm cream cheese (jenama apa pun)
1/2 tin susu pekat manis yg tggi tu
1 bungkus/paket biskut saltcheese (guna biskut cheese jenama julie's yg bulat2 kecik tu)
nestum/oat

cara2nya
cream cheese yg di biar suhu bilik pukul dgn susu sampai sebati....susun biskut cheese tu dlm bekas yg di lapik plastik atau aluminium foil....ratakan cheese atas biskut td....taburkan nestum/oat td...ulang lagi....proses dgn menyusun biskut td dan sapu cheese...setiap lapis tabur oat atau nestum utk rasa yg lebih umphhh...ulang proses sampai habis...bila dh habis...sejukkan dlm esbok semalaman...boleh di potong utk di mkn....selamat mencuba ye





Puding Roti Pelangi



Puding Roti Pelangi
Sumber resepi dr fb Zue Zunaidah

* 13gm agar2 serbuk(plain)
* 3 keping roti gardenia (buang kulit)*
* 1 liter air
* 90gm gula
* 100gml susu pekat*
* 250ml susu cair*
* 2 sudu besar mentega
* 1 sudu kecil esen vanilla
* paste emulco pandan,coklat,keladi & s'berry...........

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. Ambil setiap lapisan dlm 2cwn adunan dan warnakan . Biar keras sedikit Adunan selebihnya diwarnakan warna seterusnya, ulang sampai habis. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

# saya buat 3 warna je... pandan emulco, coklat dengan kuning + perisa mangga






Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Sumber resepi dr Fb June Ahmad
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat - letak 1/2 cawan susu pekat
pun boleh klu nak kurangkan manisnya.
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam loyang pun boleh, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

Kek Coklat Untuk Suami Tersayang






Ikan Kukus



sumber resepi dr fb Suhaida Mohaini
Ikan Kukus/Stim
sumber : Dayangjack
Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan) 
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris) 
  • 2 inci halia (dihiris) 
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) 
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional 
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak 
  • 2 biji tomato (dihiris dadu) 
  • sedikit garam dan gula 
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram 
  • sedikit air 
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

# cara saya... masukkan semua bahan2 bersama ngan ikan dalam loyang... lepas tu kukus 25 minit...siap dihidang...hehhehehe...

Ayam Goreng ala KFC


Sumber resepi dari Mem Besar

KENTUCKY FRIED CHICKEN
Bahan2nya:-
3 keping peha ayam
1 kotak tepung kentucky
1 biji putih telur
1 steh garam
1 steh pepper  
 
Cara memasak:-Ayam dipotong & gaul dgn garam, pepper and putih telur. 
Gaulkan dlm tepong kentucky lalu digoreng dlm pressure cooker for abt 9 mins.
Selepas itu diangkat.

Bingka Roti


 Sumber dari fb June Ahmad
~bingka roti~

bahan2: (resepi dr RITA NORLITAH HASHRAL)

1 buku roti putih yg bungkus kecil (12 kpg)
1/2 tin susu pekat (xsuka manis bleh kurangkan sket...saye letak 7 sudu besar susu sbb xsuke manis sgt)
4 bj telor (jgn dikurangkan tau)
sedikit esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1/2 cwn susu cair /santan
2 1/2 mug air panas (lbh krg 3 1/2 cwn)

bleh ditambahkan jagung dlm tin, choc chips, kismis, cherry...ikut citarasa...tp percayalah choc chip mmg sedap kalo ditambah...

cara:
carik2kan roti dlm bekas...
masukkan air panas...lenyek2kan sket...pastu masukkan telur yg dipukul dadar, susu pekat, esen vanila, garam dan bhn tambahan...
di dlm bekas lain (loyang), masukkan butter 1 1/2 sudu besar butter ke dlm loyang, panaskan direct diatas api...bila dh cair butter tu, terus masukkan adunan td...
kemudian masukkan ke dlm oven dan bakar 45 minit...ikut ketuhar masing2...
***kalo nk letak cheese, dlm 10 minit lg nk msk kuarkan dr oven n letak cheese kt atasnye...pastu bakar semula...

utk kuah kastard: (sy ambil resepi dr kr jugak)

1/2 tin susu cair
2 sudu susu pekat (sila ejas kemanisannye)
2 sudu tpg kastard (sila ejas kepekatannye)
secubit garam (kalo nk letak cheese xyah letak garam)
air panas 1/2 cwn

cara:
bancuh tepung kastard dgn air panas...panaskan susu cair...
campurkan kedua2nya...masukkan susu pekat dan secubit garam...kena sentiasa kacau dgn api sederhana sampai teksturnya licin...
kalau pekat, tambah sedikit air panas...
letak sket esen vanila pn bleh supaya baunye lebih harummm...

***kalo nk mkn gitu saje pon boleh...nk letak sos pon boleh...terpulang pd selera msg2***







Sedapnya Bingka Cracker



nak resepi...boleh klik kat SINI

Kek Pisang



~kek pisang~ (resepi NORA DANNY HARRY)

• 7 biji pisang berangan
 
• 1 cawan minyak masak
 
• 2 sudu kecil soda bikarbonat
 
• 5 biji telur
 
• 1 1/2 cawan gula halus
 
• 1 sudu kecil esen vanilla & 1sudu besar paste cappuchino
• 3 cawan gandum
 
Cara-cara
 
1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat (nora lenyek2 je xpyh blends)
2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla & paste cappuchino (boleh juga di blend) (nora guna whisk aje xguna mixer)
3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
 
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
 

5. Masukkan dalam loyang yg ada karemel td. Bakar api bawah selama 1jam atau hgga masak.., suhu 165 C...





Saturday 4 August 2012

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar


Sumber dari fb Islam Itu Indah 

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Baca lagi -> http://myibrah.com/petua-imam-ghazali-mencari-lailatul-qadar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...