Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Wednesday 27 June 2012

Demam Sawan









Sumber dar Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Demam Sawan

2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.

• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.


Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda-Tanda dan Gejala
• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam

Faktor-Faktor Risiko
Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.

Kesan Jangkamasa Panjang
• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam).

Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya. Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi.

Ini termasuk kanak-kanak dengan:

• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
• Perkembangan yang lambat.
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.

Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal Sawan
• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.

Kemasukan ke Hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:

• Takut sawan akan berulang
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.

Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.

Mencegah Demam Sawan

• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.

Pencegahan Sawan dari Berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.

Saturday 23 June 2012

Coklat Muffin


Bagi peminat muffin... tak rugi klu nak cuba resepi yg ni..memang sedap... terasa coklat cip bila makan... yummy... budak2 pun suka... pertama kali mencuba resepi ni..memang tak menghampakan... mudah pun mudah...kita main godak2 je.. dah dinamakan muffin kan...hehehhe.... jom tengok resepinya...


CHOCOLATE MUFFINS
Sumber resepi dari Relaxkejap Ok...tima kasih sbb berkongsi resepi yg sedap ni...

Bahan2nya:-
125 gms butter
50 ml susu segar
2 biji telur
150 gms gula pasir
200 gms tepung gandum
20 gms serbuk cocoa
1/2 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder
100 gms cokelat chips


Cara Membuat :

Panaskan oven dengan temperature 200 degrees Celcius
Siapkan loyang muffin & letakkan kertas muffin kedlm loyang.
Butter dicairkan bersama susu segar masak hangat2 saja, jgn sampai mendidih, angkat
Kocok telur dan gula hingga gula hancur, tidak sampai berbuih banyak
Masukkan tepung, serbuk cocoa , baking powder dan b.soda , kacau rata.
Masukkan butter cair,cokelat chips & kacau hingga rata.
Masukkan adunan kedlm kertas muffin (3/4 penuh) dan bakar selama 30 minit atau hingga masak




Thursday 21 June 2012

Kuih Bakar Durian

oooo..durian... durian tengah banyak ni... maklumlah tengah musim durian... hari2 pungut durian kat kebun... tapi bukan kita yg pungut...hehhehehe.. ayah yg pungut... kita tukang makan je... bila dah banyak... boleh buat bubur durian... lempok durian.. jangan lupa... buat stok tempoyak durian... 

Ini pertama kali buat kuih bingka durian.. sedap gak.. lembut je bila makan.. masa bakar.. harum je satu rumah ngan baunya.... jom tengok resepi yg mudah dan ringkas ni... 

Kuih Bakar Durian..
Sumber resepi dr Nor Aida H S... tima kasih ye sbb berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...

BAHAN-BAHANNYA :

150 gm isi durian)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir (sya tambah sikit dan rasa manisnya)
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing.

note : yg ni kita buat warna hijau... ikut suka masing2 ye....



tak letak bijan pun.. sbb tak ade stok kat umah... tp tetap sedap tau.... selamat mencuba....




Sunday 17 June 2012

Menjernihkan Minyak Masak Terpakai


Sumber dari fb Liza Othman

Minyak masak yang telah digunakan beberapa kali untuk menggoreng makanan akan menjadi berkeladak dan kehitaman. Untuk menjerihkan semula minyak masak terpakai, tapis dahulu minyak tersebut. Kemudian, ambil satu inci halia dan hiris nipis-nipis. Gorengkan bersama minyak tadi. InsyaAllah minyak yang sudah hitam akan kembali jernih seperti minyak baru. [majalah anis]

Sunday 10 June 2012

Apam Pulang aka Apam Balik


Pulang mari lah pulang..mari lah pulang..bersama2...hhehehe.... jom pekena Apam Pulang aka Apam Balik... sedap sangat... mudah pun mudah... walaupun tak ada bekas acuan apam ni... hanya guna kuali non-stick... tapi berbaloi2... nak mewah ngan kacang ke... ngan jagung ke....kita yg buatnya.... jom.. tengok resepi...

APAM PULANG 
Sumber Resepi dari fb Relexkejap ok... tima kasih ye berkongsi resepi ni... 
Bahan2nya:-
2 cawan tepong gandum (225 gm)
1.5 cawan air (350 ml)
8 sudu makan gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu teh double acting baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1/2 sudu teh potas
garam

Intinya:-
1 cawan Kacang tanah tumbuk
1/2 cawan gula pasir
1 tin cream corn

Whisk kesemua bahan dgn pantas hingga semua sebati. Tak perlu diperap.

Panaskan acuan kueh apam balik dgn sedikit marjerin. Bila permukaan dah agak masak taburkan campuran kacang tanah + gula pasir. Kemudian sedikit cream corn. Lipat 2

note : klu tak ada potas... jadikan 1st double acting baking powder dengan 1 st bicarbonate of soda...



Saturday 9 June 2012

Kek Pisang Bercoklat


Kek Pisang lg...baru je ari tu buat cupcake pisang... sebab pisang dah masak sangat... dan tahap kerajinan melanda..maka buat lah Kek Pisang ni... sedap sangat... anak2 pun suka... jadi tu yg jadi bertambah rajin membaking...hehhehe... jom tengok resepinya.....


~kek pisang coklat bercoklat chip~
Sumber resepi dari June Ahmad... tima kasih ye berkongsi resepi yg sedap...

bahan2:

5 bj pisang berangan @ 7 bj pisang emas
4 bj telur
1 cwn minyak masak
1 cwn gula
(blender semua hingga halus)

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh krim of tartar
(ayak bersama)

2 sudu besar serbuk koko

cara:
1) masukkan bhn blender dlm bekas...
2) masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit...kacau sebati...
3) bahagikan kpd dua adunan...1 aduan dicampur dgn serbuk koko...
4) lanserkan loyang dgn planta...tuang aduan secara berselang seli sampai habis...
5) taburkan coklat chip di permukaannya...
6) bakar 40 minit...siappppp!!!!




Wednesday 6 June 2012

Cupcake Pisang


Pertama kali buat cupcake pisang...selalunya kalau ade pisang yg dah masak sangat... buat kek pisang kukus je... bila tengok kat fb... tergoda lah pulak nak buat cupcake... caranya pun simple sangat... sekejap je dah siap... rasanya pun sedap.. gebu je naiknya... anak2 pun suka..sekejapan dah licin... hhehehe...


Cupcake Pisang
Sumber resepi dari Mastura Yasak

2cwn tpg
2sd besar serbuk koko
1sdt bpowder
1sdt soda bikarbonat
Ayakkkk.....

1cwn pisang emas/berangan dilenyek
2bj telo-kocok2 dgn garfu je
1cwn gulaperang
1 cwn myak
sedikit garam
chipschoc n badam utk hiasan

campur pisang,gula,myak n telor..garam...
masukan tepung n gaul rata..
masuk cup/loyang..tabur badam,chips choc...
bakar ikut suhu oven ok..
Dlm 25-30 min..

# cara saya... bahagikan adunan kpd 2.. 1 bhg biasa...lg satu bhgn tambahkan 1 sb serbuk koko...jadilah 2 kalor...




Bingka Crackers lagi....


Memang sedap bingka crackers ni.... klu nak tengok resepi kat SINI ye....




Tuesday 5 June 2012

Buah Strawberry ngan Coklat




Buah strawberry dari Cameron Highland... Pertama kali celup2 buah strawberry ni ngan coklat.... wah... memang sedap lah...kombinasi rasa yg sedap sangat...patut lah ramai yg suka makan strawberry ngan coklat... dihiaskan pada kek coklat pun ade... baru tahu... dan terus terpikat ngan rasanya... boleh buat lagi ni...jom kawan2... x rugi mencubanya...






Friday 1 June 2012

Bingka Crackers


Bila tengok resepi yg mudah...terus terpaut hati nak membuatnya...apatah lagi... tak payah guna mixer...hehhehe... bab tak rajin nak basuh lah tu kan....faham2 ajelah ye....kkekekke... jom buat....mudah je.. lepas tu bahan2nya pun senang.. hanya guna blender.. dah siap... nak habaq gak kat sini,,, bingka ni sedap.. lembut.. bila makan x sangka.. ada letak biskur crackers... wahhh... tak caya ke....cubalah buat sendiri....




BINGKA CRACKERS
Sumber dari Blog Masam Manis (Azlita Aziz)
By : Kh267tm
Rujukan : AROMA Jun 2012

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter

Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan  coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
Baki adunan di letakkan pes vanilla

Tuangkan adunan vanilla ke dalam loyang
Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
Keluarkan dari oven dan tuangkan  adunan bewarna hijau
Taburkan bijan di atasnya
Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.

#yg ni tak tabur bijan pun sbb tak de stok... tp tetap sedap tau...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...