Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Saturday 27 October 2012

Kek Coklat Guna Gula Perang



KEK COKLAT KUKUS
Resipi Dari : Kak Hanieliza (Buku Senangnya Memasak - Kuih Kukus)
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=202100326527666&set=a.202100286527670.49010.100001830993081&type=3
Sumber : Ayu 
Jalinan Rasa


BAHAN A:
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair (Ayu guna marjerin)
2 cawan gula perang

BAHAN B:
2 cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN C: (kacau rata dengan garpu)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA:
1. Lapik loyang dengan kertas dan sapukan minyak disekeliling acuan dan ketepikan.. Panaskan kukusan..
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati..
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan.. Kacau rata..
4. Masukkan pula bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentel..
5. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah)..
6. Hiaskan dengan krim coklat dan taburkan choc rice..

TOPPING: (krim coklat)
1 cawan susu pekat  (guna ½ cawan jerk)
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

CARA-CARA:
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk.. Kacau rata..
2. Panaskan dengan api sederhana.. Kacau sehingga sebati..
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi..
4. Tutup api dan kacau sehingga sebati..
5. Tunggu sehingga pekat sedikit, kemudian tuangkan ke atas kek..

NOTA KAK LIZA:
Boleh juga masukkan ke dalam acuan kecil bagi mendapatkan cupcakes






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...