Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Thursday 24 May 2012

Apam Aiskrim


Berjaya gak dapatkan mood nak buat apam aiskrim ni...ingatkan susah...rupanya...mudah je.. cuma bab nak buat kon je yg makan masa sikit...hehhehe... ape2 pun... memang sedap apam ni... gebu... anak2 suka... jom buat....


APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari blog Masam Manis Azlita Aziz
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami

Untuk nak buat kon aiskrim.. leh tengok kat SINI ye...

Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti.
Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak!

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati... boleh lah letak dlm kon td selapis2... lepas tu kukus 15 minit... bila dah masak... sejukkan... kemudian boleh lah hias ngn coklat masakan... siappp




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...