Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Friday 1 June 2012

Bingka Crackers


Bila tengok resepi yg mudah...terus terpaut hati nak membuatnya...apatah lagi... tak payah guna mixer...hehhehe... bab tak rajin nak basuh lah tu kan....faham2 ajelah ye....kkekekke... jom buat....mudah je.. lepas tu bahan2nya pun senang.. hanya guna blender.. dah siap... nak habaq gak kat sini,,, bingka ni sedap.. lembut.. bila makan x sangka.. ada letak biskur crackers... wahhh... tak caya ke....cubalah buat sendiri....




BINGKA CRACKERS
Sumber dari Blog Masam Manis (Azlita Aziz)
By : Kh267tm
Rujukan : AROMA Jun 2012

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter

Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan  coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
Baki adunan di letakkan pes vanilla

Tuangkan adunan vanilla ke dalam loyang
Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
Keluarkan dari oven dan tuangkan  adunan bewarna hijau
Taburkan bijan di atasnya
Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.

#yg ni tak tabur bijan pun sbb tak de stok... tp tetap sedap tau...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...