Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Sunday, 23 June 2013

Marble Vanilla Muffins




MARBLE VANILLA MUFFINS

Sumber resepi dari blog CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
3/4 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla, kacau rata dan bahagikan adunan pada 2 bahagian. Satu biar pada warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco, kacau rata2.
  4. Sudukan adunan kosong ke dalam muffin cup tadi, diikuti adunan coklat, isi 3/4 penuh dan gunakan lidi sate atau chop stick, lorekkan sehingga mendapat kesan marble.
  5. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... Selamat mencuba untuk semua....
 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...