Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Thursday 26 September 2013

Biskut Semperit



biskut semperit pelangi yg x rupa pelangi... janji sedappp..
Sumber resepi dari blog CMG... tima kasih...

BISKUT SEMPRIT PELANGI..

BAHAN-BAHANNYA
250 gram mentega
150 gram gula aising, diayak
1 kuning telur
250 gram tepung red rose (boleh guna tepung gandum)*
150 gram tepung kastard*
30 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla (mat guna 1/2 camca teh esen rose)
Pewarna makanan pilihan anda (mat guna merah jambu, hijau, kuning)

CARA MEMBUATNYA
1. Putar mentega dan gula aising hingga mesra, masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung2 yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan bancuhan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
 

2. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak dan letak pewarna pilihan ada untuk setiap bahagian dan adun rata setiap warna. Ambil sedikit setiap doh yang bewarna, masukkan ke dalam alat penekan biskut semprit dan tekan dalam dulang pembakar 2.5 cm setiap satu. Buat hingga siap.
 

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit atau hingga masak. Biar sejuk sekejap dalam dulang pembakar, dan alih atas jaringan. Bila biskut sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...