Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Monday, 6 August 2012

Ikan Kukus



sumber resepi dr fb Suhaida Mohaini
Ikan Kukus/Stim
sumber : Dayangjack
Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan) 
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris) 
  • 2 inci halia (dihiris) 
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) 
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional 
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak 
  • 2 biji tomato (dihiris dadu) 
  • sedikit garam dan gula 
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram 
  • sedikit air 
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

# cara saya... masukkan semua bahan2 bersama ngan ikan dalam loyang... lepas tu kukus 25 minit...siap dihidang...hehhehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...