Sumber dari fb status Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.
Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih
bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang
sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan
-perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang
kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang
badannya.
5. Teruskan memanggil namanya
dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya
contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi
yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap
dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk
menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun
dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan
penuh kasih sayang.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri
tersayang atau sesiapa saja..
(^_^)Sharing is caring!
No comments:
Post a Comment