Sumber dari fb Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.
BATUK dan selesema adalah
dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak
kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik
kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak
dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau
brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Teknik tepukan (percussion)
1) Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah
perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan
sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di
atas, pastikan kaki lurus.
2) Ibu atau bapa pula bentukkan
tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari
pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
3)Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh
bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam
paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk
atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika
tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi
najis mereka.
sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini,
pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi
mengelakkan muntah.
Mengenal batuk kahak
kahak jernih / badan sejuk = dirawat dgn madu, buah delima (jus) dan kena makan makanan bersifat panas.
kahak pekat/kuning/hijau / badan panas = dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk
* Sup barli (6 bulan ke atas)
* Jus delima (8 bulan ke atas) -buang kulit, blend dan tapis boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak
*Madu (umur 1 tahun ke atas) boleh diambil bersama air suam juga bileh
di campur perahan lemon atau limau nipis, diminum untuk hilangkan
selsema, batuk n kahak Banyakkan minum air suam juga susu ibu
Teknik steam
anda boleh ke toilet, buka shower air panas sampai toilet penuh wap, kemudian bawa masuk anak bersama anda dlm 15mnt
No comments:
Post a Comment