Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah
Puan senang saja, saya pun mengalami perkara yg sama ada 4 anak
semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2
mendidik
anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.
1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila
anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba
senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan
berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat
yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat
dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.
2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak
peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang
beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak
buat.
3) puan sungguh lucky tidak bekerja
dapat mendidik
anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah
main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat
ibunya pun
bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah. Saya kata terus
terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air
banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan
mendengar kata.Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan
lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf
ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita!
Beri didikan dan kasih sayang.
4) setiap malam amalkan membaca
selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh
badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya
dan cakaplah apa yg puan impikan pada
anak. Amalan ini saya buat
hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan
seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan
anak tak kira umur sekiranya istiqomah.
Sekarang ni cuba puan
amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic
dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita
pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh
berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan
berjaya mendidik anak2
puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA
pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.
Terima kasih puan Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang
No comments:
Post a Comment