BAGAIMANA MENGENDALIKAN MARAH.
Sebenarnya penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu ilmu dan amal.
Mengubati marah dengan ilmu itu ada enam perkara:
Pertama: Dengan bertafakkur memikirkan kisah-kisah teladan yang
menyentuh tentang buruk baiknya bersifat marah, berfikir tentang
keutamaan menahan kemarahan, memberi maaf dan berlemah lembut. Dengan
cara ini, akan menjadikannya gemar dan
suka kepada pahala yang bakal diperolehinya dari menghiasi diri dengan
sifat-sifat tadi. Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat marah.
Kedua: dengan cara seseorang itu menakutkan dirinya kepada siksaan
Allah dengan berkepercayaan bhawa kekuasaan Allah keatas dirinya lebih
besar dari kekuasaannya ke atas manusia lain.
Ketiga: Dengan mengingatkan diri akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam.
Keempat: Dengan berfikir tentang bentuk buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir tentang betapa kejinya sifat marah itu.
Kelima: Dengan berfikir tentang sebab yang membawanya kepada kemarahan.
Keenam: Dengan menyedari bahawa kemarahannya adalah berpunca dari sikap
membanggakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah.
Sementara itu mengubati marah dengan amal perbuatan pula di antaranya ialah:
Dengan membaca:
Yang bererti: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”.
Inilah ayat yang disuruh baca oleh Rasulullah ketika marah.
Begitu juga sunat dibaca doa ini ketika marah:
Ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah
yang menyesatkan”.
Jika kemarahan itu tidak hilang dengan
membaca yang demikian, maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah
dalam keadaan dia berdiri, dan berbaring jika dia marah dalam keadaan
dia sedang didik, dan dekatkanlah diri dengan bumi, yang mana dari bumi
itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan dirinya. Kemudian
carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.
Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak
Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan
urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami
yang demikian, maka hendaklah dia menlekatkan dirinya ke bumi”.[8]
Dan sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka
hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan
marahnya, dan juka tidak maka hendaklah di berbaring”[9]
Selain
daripada itu, cara mengilangkan penyakit marah itu juga ialah dengan
mendiamkan diri, Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.[10]
Oleh kerana kesan-kesan yang tercela yang ditimbulkan oleh sifat marah
itu, maka Rasulullah telah menganjurkan kepada umat manusia supaya
jangan suka marah. Sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa-apa yang
baik kepada diri. Malah ia akan menyebabkan berbagai-bagai bencana
terutama sekali perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya.
Selain itu, orang yang suka marah itu sering di tunggangi oleh syaitan
yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu. Manakala orang
yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan di
akhirat.
Sumber dari fb status Siti Rohaya Abdul Razak.
No comments:
Post a Comment