Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Wednesday 30 November 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
(ambil dr blog Azlita Aziz)

Bahan:-
• 8-10 keping roti putih (guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
• 200 ml santan - (guna santan kotak Kara je)
• 200 ml air
• 1 cawan gula (letak 3/4 cawan je gula kastor)
• 4 biji telor - (buang tali pusatnya)
• 1 sudu teh garam halus
• 1/2 sudu teh pes pandan
• 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...