Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Wednesday, 30 November 2011

Steamed Chocolate Cake

STEAMED CHOCOLATE CAKE
Sumber resepi dr fb Mem Besar

Bahan A-
1 cawan serbuk koko (pilih perasa yg sedap walaupun mahal)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair (dlm tin)
1 cawan butter cair (boleh digantikan dgn minyak)
½ cawan susu pekat manis (pilih yg lemak berkrim walaupun mahal)
Dgn menggunakan whisk kacau bahan2 ini sampai semuanya larut. Tutup api & biarkan ia suam2.

Bahan B-
3 biji telur (grade A)
Pukul telur hingga betul2 kembang. Bila angkat adunan tidak jatuh. Kemudian dicampurkan dgn adunan koko tadi. Gaul menggunakan whisk.

Bahan C-
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate of soda
Ayak semua bahan. Masukkan kedlm adunan telur/koko tadi sedikit demi sedikit & kacau perlahan2 dgn menggunakan whisk hingga semua sebati.

Didihkan air dlm kukusan. Tuang adunan ke dlm loyang/acuan (tak mau penuh ½ loyang saja – sbb kek ini akan naik). Tutup dgn aluminium foil supaya tidak masuk wap & air tidak menitik. Kukus selama 1½ jam dgn api yg sederhana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...