Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Wednesday, 9 November 2011

Satay Goreng


SATAY
(Sumber resepi dr blog kakjee)

600 gram daging batang pinang.
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

caranya:

Daging dibersih2kan urat2 dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Ricik serai dan tumbuk halus, asingkan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul2. Perap selama dua jam. Jangan bubuh sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. Pastu, cucuklah guna lidi daun kelapa atau sekarang orang pakai lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk2 sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik2kan. Hati2 jangan terbakar lidinya atau daging hangus. Satay ayam pun sama caranya. Beli isi dada ayam.
 

(KALAU NAK BUAT SATAY GORENG, TAK PAYAHLAH CUCUK DAGING PERAP. GORENG SAHAJA DAN CURAHKAN KUAH DIATASNYA. ATAU DIMASUKKAN SATAY YANG TELAH DIGORENG DALAM PERIUK KUAH)


KUAH SATAY
bahan2nya

600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.


Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudaha melegak, masukkan gula melaka dan garam.

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Selain makan satay dengan kuah dan nasi himpit, sedap jugak kalau dihiris bawang, cili api bubuh kicap dan dimakan bersama satay






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...