Nuffnang Ads (sila lah klik2 ye...)



Sunday, 20 November 2011

Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalin


Pilihan 1: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.


Pilihan 2: Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.


Pilihan 3: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
 
Pilihan 4: Ambil kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.Sapukan bahan tersebut ke seluruh kawasan perut dan pinggang sampai rata. Setelah kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...