Nasi Ayam
3 pot beras sama dgn 3 ¼ pot air
1 ekor ayam di belah 4
Daun bwg
Bwg merah
Bwg putih
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga (4 beradik)
Halia
Cili merah
Minyak bijan
Nasi
Tumbuk bwg merah dan bwg putih hingga lumat. Titik halia dlm 1 inci.
Tumiskan 4 beradik kemudian masukkan bwg yg telah ditumbuk dengan halia dan daun pandan hingga wangi. Masukkan air, tunggu hingga mendidih baru masukkan ayam yg telah dipotong 4 td.
Selepas 20 minit, ambil 3 ¼ air sup td masukkan ke dlm beras yg telah dibasuh. Kemudian masak seperti biasa. Toskan ayam. Setelah nasi kering, titiskan minyak bijan dan kacau.
Sup
Air lebihan sup td masukkan kaki2 & leher2 ayam, tambahkan air lg, garam secukup rasa. Setelah mendidih masukkan daun bwg (bhg keras sahaja).
Kuah cili
Ambil 3 biji cili merah dan 3 ulas bwg putih, blendkan. Masak bersama 1 senduk kecil air sup, gula secukup rasa dan 2 sudu besar cili sos. Tambah sedikit air
Kuah kicap
Ambil 1 senduk kecil air sup campurkan dengan 1 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar kicap manis.
Ayam
Gaul ayam yg telah ditos td dengan bwg putih dan halia yg ditumbuk halus. Tambahkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Perap selama ½ jam. Goreng. Potong2 ikut cita rasa. Letakan sedikit minyak bijan di atas ayam yg telah digoreng td.
Hiasan
Tomato
Timun
Salad
No comments:
Post a Comment